|
Kenapa kami memilih CMS Joomla |
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 09 December 2008 |
|
Kenapa kami memilih Joomla.
Penggunaan Joomla amatlah mudah. terdapat pelbagai aksesori seperti komponen, modul, tempalate, plugin dan lain-lain extension Joomla. Ini akan memudahkan anda walaupun anda tidak mahir dalam pengaturcaraan menggunakan bahasa-bahasa html, php, java dan css. Selain itu juga Php joomla merupakan CMS yang dikatakan selamat dari serangan penggodam. Anda boleh lihat banyak agensi-agensi kerajaan yang mula menukar laman web mereka kepada CMS joomla di antaranya , Jabatan Perdana Menteri Malaysia, UITM, dan banyak lagi
Apa itu CMS? -
Sistem Pengurusan Kandungan adalah perisian yang menjejak setiap kandungan atau material dalam laman anda, ianya seumpama perpustakaan maya yang meyimpan buku-buku mengikut sistem yang memudahkan carian atau penyampaian. Kandungan boleh terdiri dari teks yang ringkas, gambar / foto, muzik, video, dokumen, transaksi perniagaan, no telefon atau apa-apa yang anda boleh fikirkan untuk dimasukkan dalam bentuk digital. Kelebihan yang paling utama menggunakan CMS adalah anda tidak merlukan skill teknikal yang tinggi. Kenapa Joomla?.
Walaupun terdapat banyak kerangka sistem pengurusan kandungan sumber tebuka, Joomla merupakan satu kerangka yang agak luas penggunaannya dan mempunyai banyak ciri-ciri yang memudahkan sistem ini disuaikan (customise) menjadi : - Portal atau laman sesawang koperat.
- Intranet dan extranet koperat.
- Majalah, akhbar dan penerbitan dalam talian (online).
- e-Perdaganan (E-commerce) dan pendaftaran dalam talian (online).
- Aplikasi Kerajaan.
- Laman sesawang peniagaan kecil.
- Laman sesawang organisasi bukan peniagaan (NGO).
- Portal berasaskan Komuniti.
- Laman sesawang sekolah dan masjid.
- Laman personal atau keluaga dan perlbagai keperluan lagi.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 19 May 2009 )
|